Dari sudut pandang pembeli emas pula, introducer berfungsi seperti “ibu bapa” dalam perjalanan mereka sebagai pelabur emas. Meskipun membeli emas tanpa introducer adalah dibolehkan, kebanyakan orang cenderung ‘hangat-hangat tahi ayam’. Ini kerana, memiliki emas sahaja tidak cukup tanpa ilmu dan panduan yang betul. Ada yang membeli sekadar satu gram emas dan kemudian tidak menambah lagi kerana kurangnya bimbingan dan strategi yang tepat.
Tanpa introducer yang baik, apabila anda mempunyai sebarang masalah, tiada siapa yang akan memberi panduan. Jika bernasib baik, anda mungkin perlu bergantung kepada ihsan mana-mana dealer yang bersedia menjawab pertanyaan anda.
Introducer yang berpengalaman bukan sahaja membantu dalam proses pembelian emas, malah turut memberikan pengetahuan dan strategi simpanan emas yang berkesan. Dengan adanya introducer, pembeli akan lebih bersemangat untuk menambah simpanan emas mereka dengan pengetahuan yang betul dan strategi yang menguntungkan.
Apabila seseorang ingin menaik taraf menjadi dealer di masa hadapan, cabarannya akan lebih besar. Setakat ini, saya boleh nyatakan bahawa majoriti dealer yang berjaya memiliki Introducer mereka sendiri, berbanding membeli emas tanpa bimbingan Introducer.
Sebagai seorang dealer Public Gold yang aktif, saya memikul tanggungjawab untuk memastikan setiap pelanggan saya mempunyai maklumat yang lengkap dan tepat berkaitan Public Gold. Saya juga sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan yang dikemukakan oleh mereka.
Selain itu, saya sentiasa memperkayakan pengetahuan saya dengan menghadiri mesyuarat mingguan, kelas, dan sesi perjumpaan yang dianjurkan oleh Public Gold. Ini adalah langkah penting bagi memastikan saya dapat memberikan bantuan yang pantas dan maklumat yang tepat kepada para pelanggan saya, selaras dengan perkembangan terkini dalam industri emas.
Situasi-Situasi yang Memerlukan Pertimbangan untuk Menukar Introducer
Introducer memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu dan membimbing anda, terutama jika anda baru dalam dunia pelaburan emas. Namun, tidak semua introducer memenuhi tanggungjawab mereka dengan baik. Jika anda merasakan bahawa introducer anda tidak memberikan bantuan atau sokongan yang mencukupi, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan menukar introducer anda. Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu menukar introducer Public Gold anda.
1. Kekurangan Sokongan dan Panduan
Seorang introducer yang baik seharusnya menjadi mentor kepada anda dalam semua aspek simpanan emas. Jika anda merasa sering terabaikan atau tidak menerima sokongan yang sewajarnya, ia mungkin tanda jelas bahawa anda memerlukan introducer yang lebih berkomitmen. Introducer yang berjaya biasanya sentiasa bersedia untuk memberikan panduan dan menyelesaikan sebarang kekeliruan yang anda hadapi.
2. Tiada Komunikasi Aktif
Dalam dunia perniagaan yang dinamik seperti emas, komunikasi yang aktif sangat penting. Jika introducer anda sukar dihubungi atau tidak memberikan respons kepada pertanyaan anda dengan cepat, ini boleh merugikan anda, terutamanya apabila terdapat peluang perniagaan atau perubahan harga emas yang memerlukan tindakan pantas. Introducer yang responsif dan proaktif akan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.
3. Mengelakkan Introducer yang Tidak Aktif
Jika introducer anda tidak lagi aktif dalam perniagaan Public Gold, atau mereka tidak menunjukkan sebarang minat untuk membantu anda, ini adalah alasan kukuh untuk menukar introducer. Seorang introducer yang tidak aktif boleh menjejaskan anda kerana tiada bimbingan yang diberikan, dan anda mungkin ketinggalan dalam banyak aspek.
Soalan: Adakah Public Gold membenarkan penukaran introducer?
Jawapan: Saya sangat tidak menggalakkan penukaran introducer jika introducer anda masih aktif dan boleh dihubungi. Namun, untuk menjawab soalan di atas…
Ya, Public Gold membenarkan penukaran introducer jika memenuhi TIGA syarat berikut:
- Akaun anda telah tidak aktif lebih daripada 12 bulan, tanpa sebarang transaksi pembelian atau jual balik emas di Public Gold (Free Account).
- Mengisi borang penukaran introduer.
- Membuat pembelian baru minimum 1 dinar emas.
Sekiranya anda ingin menukar introducer, anda boleh menghubungi saya melalui WhatsApp di bawah, dan saya akan bantu untuk mempermudahkan proses penukaran introducer Public Gold anda.
Jika introducer anda adalah syarikat Public Gold sendiri (contoh: PG0000000) dan akaun anda berstatus aktif (dengan transaksi dalam sebulan) atau tidak aktif (tiada transaksi dalam sebulan), anda perlu menaik taraf status akaun.
Ini bermaksud, jika anda seorang pelanggan berdaftar, anda perlu naik taraf kepada Dealer. Jika anda seorang Normal Dealer, anda perlu naik taraf kepada Priority Dealer untuk membolehkan penukaran introducer. Jika anda adalah seorang Priority Dealer pula, anda perlu membeli pakej promosi Priority Dealer sekali lagi bagi membolehkan anda menukar introducer.